Tuesday, September 21, 2010

KENALI TADIKA ANJUNG FIRASAT, KANDANG.(TAF)Terletak betul-betul di sebelah Pejabat MARDI Melaka, Kandang yang bertentangan dengan simpang Bukit Lintang. Alamat penuh:

TADIKA ANJUNG FIRASAT
1100-1, KM. 8, KANDANG
75460 MELAKA.

Telah dibuka pada penghujung tahun 2008 dan beroperasi sepenuhnya pada sesi persekolahan 2009. Seramai 16 orang murid telah didaftarkan pada sesi tersebut. TAF merupakan sebuah institusi berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan tertakluk kepada Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan.

Walaupun begitu, sebagai penambahan TAF juga turut menekankan program Belajar Membaca Ekspres, "Let's Read English" dan kelas IQRA'. Kanak-kanak pula mestilah yang berusia 4, 5 dan 6 tahun,

TAF beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Pada sebelah pagi sesi pengajaran dan pembelajaran (PNP) tadika dijalankan sepenuhnya bermula seawal 7.45 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Selanjutnya, kepada murid-murid yang mendaftar hingga petang akan berehat, mandi dan makan tengahari. Pada jam 2.00 hingga 4.00 petang pula mereka akan menghadiri kelas belajar membaca ekspres dan mengaji Iqra'.
Seterusnya, mereka akan tidur sehinggalah dimbil pulang oleh ibu bapa masing-masing.

Pendek kata, selain daripada sesi tadika, ibu bapa yang bekerja diberi kemudahan untuk meletakkan anak-anak mereka di bawah jagaan pihak tadika. TAF juga menawarkan perkhidmatan transit kepada murid-murid tadika atau sekolah rendah.

Selain itu, TAF juga mengadakan kelas mengaji Al-Quran terbuka kepada sesiapa sahaja pada jam 3.00 hingga 5.00 petang setiap hari Isnin- Jumaat. Kelas Belajar Membaca Ekspres Dan "Let's Read English" bagi murid-murid tadika atau sekolah lain yang berminat juga ditawarkan setiap Khamis dan Jumaat jam 3.00 hingga 6.00 petang.

1 comment: